Sunday, August 16, 2009

BEKENU



Assalammu’alaikum wbt…

Salam ukhuwah & salam sejahtera…


PENGENALAN BEKENU


Pekan Bekenu terletak kira-kira 46 km dari bandaraya Miri ataupun lebih kurang 45 minit perjalanan. Bekenu terletak dalam daerah Sibuti dan merupakan sebuah pekan kecil yang majoritinya adalah penduduk berbangsa Kedayan dengan populasi yang majoriti diikuti dengan bangsa Melayu, Iban dan Cina.


Bekenu adalah sebuah pekan yang damai, aman dan tenteram. Mungkin kerana kedudukan dan lokasinya yang agak jauh dari bandaraya Miri menyebabkan kurangnya pengaruh kemodenan ke atas pekan ini.


Antara kampung-kampung yang terdapat di Bekenu ialah :



Antara infrastruktur yang terdapat di pekan Bekenu pula ialah :

  • Pejabat Pos
  • Balai Polis
  • Pejabat Pelajaran Daerah
  • Pejabat Majlis Daerah
  • Sekolah
  • Stesen Minyak ( Shell & Petronas )
  • Taman Permainan Kanak-kanak
  • Bekenu Esplanade
  • Dewan Suarah
  • Gelanggang Bola Keranjang
  • Pasar Basah
  • Pasar Ikan
  • Masjid
  • Pejabat Pertanian
  • Pejabat Pendaftaran
  • Klinik Kesihatan
  • Perpustakaan
  • Padang Bola Sepak
  • Pejabat Persatuan Peladang
  • Pejabat Persatuan Nelayan


Di bawah ini merupakan beberapa gambar yang menunjukkan pemandangan di kawasan pekan Bekenu.


Bekenu Esplanade



Pasar Ikan



Replika Kelapa Sawit



Stesen Minyak


Free Blogspot Templates by Isnaini Dot Com and Bridal Dresses. Powered by Blogger